Pendekatan
projek menekankan penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif kanak-kanak
dalam pembelajaran. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak
adalah pembinaan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran. Pegangan pendekatan
ini dipengaruhi teori konstruktivis. Pembelajaran kemahiran yang diperolehi
menerusi pengetahuan yang dibina oleh kanak-kanak adalah mengikut inisiatif dan
minat kanak-kanak. Kanak-kanak membina pengetahuan menerusi penyelesaian
masalah yang perlu menerusi pengalaman.
Menurut
Bustam Kamri dan Putri Zabariah (2006), pendekatan ini ditentukan oleh guru
atau inisiatif murid. Penyelidikan yang mendalam berfokuskan topik yang dipilih
bagi mendapatkan jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh murid-murid. Hala
tuju pembelajaran mengikut minat murid dan guru adalah sebagai pemudah cara
ataupun pembimbing.
Pendekatan
projek boleh dijalankan dalam jangka masa pendek dan panjang. Jangka masa itu
diperlukan kerana setiap topik yang dipilih akan dikaji secara mendalam. Perincian
sesuatu perkara yang dikaji adalah berkaitan dengan topik. Guru boleh
memberhentikan aktiviti pembelajaran dan menyambung semula pada waktu
pembelajaran akan datang. Aktiviti projek untuk jangka masa panjang melibatkan
sesuatu rancangan jangka panjang. Guru sebagai pemudah cara membantu murid
untuk memberi pandangan sama ada sesuatu perancangan pada projek perlu memakan
masa yang panjang atau pendek.
No comments:
Post a Comment