Thursday 31 January 2013

Light & Dark (Project Approach)


Light Sources & Reflections GameLight & Dark
Learn about light & dark as well as light sources & reflections as you experiment with different objects in this fun activity. Does a mirror ball give out light or does it just reflect light from another source? What about a lamp, torch, animal or jacket? Play around with the objects and see what results you get. Learn the difference between light sources and reflections, which light sources give the brightest light, properties of sunlight and how wearing reflective strips can make cyclists stand out more so they are less likely to be hit by cars. Kids will enjoy experimenting with this interactive science game.

Sun, Light & Shadows (Project Approach)


Sun, Light & Shadows GameSun, Light & Shadows
Learn about the sun, light & shadows as you experiment with different light sources and objects in this fun, interactive science activity for kids. Moving a light source closer to an object can make its shadow grow larger while moving the light source away can have the opposite effect. Experiment and see what happens to the shadows of different objects when you tilt the light source or change its brightness, what happens to the shadow if the light source is dim? Head outside and see how sunlight creates shadows with various objects such as trees, houses and cars. Learn how the sun's position in the sky effects the size of shadows. Even the moon can create shadows when it reflects light from the sun. Enjoy the challenge of this cool science game.

How We See (Project Approach)


Light and Mirrors GameHow We See
Eyes are amazing parts of the human body, learn how we see as you experiment with light & mirrors in this fun science game for kids. Change the mirror angles to see which way they reflect the light. Practice hard and see if you can get the mirrors at the right angles so that the light reflects onto the tent. Once you’ve achieved that goal use what you've learned to try and illuminate other objects by controlling the path of the light. Kids will love the challenge of this cool, interactive activity.

Pendekatan Projek (Project Approach)

Haaa...dah hampir seminggu saya berada di Pusat Prasekolah IPGKTAR. Dalam masa seminggu tersebutlah saya asyik berfikir dan terus berfikir! Apakah project approach yang saya boleh buat untuk Pusat Prasekolah IPGKTAR ini untuk Penggal 1/ 2013.

Laman sesawang ini saya fikir dapat membantu saya menghasilkan Project Approach. 
  1. http://www.sciencekids.co.nz/light.html
  2. http://www.sciencekids.co.nz/videos/engineering/lightbulbs.html
  3. http://www.sciencekids.co.nz/videos/space/thesun.html
  4. http://www.sciencekids.co.nz/videos/weather/lightningstrike.html
Dengan ini, saya mengharapkan apa yang saya fikir dan cuba lakukan ini akan berhasil dan berjaya. Moga anak-anak didik saya akan seronok dan memperoleh ilmu baru dan bermakna serta akan mereka ingat sampai bila-bila. 

Thanks God. 

Sunday 27 January 2013

Pendekatan Projek (Project Approach) Di Prasekolah


Pendekatan projek menekankan penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif kanak-kanak dalam pembelajaran. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak adalah pembinaan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran. Pegangan pendekatan ini dipengaruhi teori konstruktivis. Pembelajaran kemahiran yang diperolehi menerusi pengetahuan yang dibina oleh kanak-kanak adalah mengikut inisiatif dan minat kanak-kanak. Kanak-kanak membina pengetahuan menerusi penyelesaian masalah yang perlu menerusi pengalaman.

Menurut Bustam Kamri dan Putri Zabariah (2006), pendekatan ini ditentukan oleh guru atau inisiatif murid. Penyelidikan yang mendalam berfokuskan topik yang dipilih bagi mendapatkan jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh murid-murid. Hala tuju pembelajaran mengikut minat murid dan guru adalah sebagai pemudah cara ataupun pembimbing.

Pendekatan projek boleh dijalankan dalam jangka masa pendek dan panjang. Jangka masa itu diperlukan kerana setiap topik yang dipilih akan dikaji secara mendalam. Perincian sesuatu perkara yang dikaji adalah berkaitan dengan topik. Guru boleh memberhentikan aktiviti pembelajaran dan menyambung semula pada waktu pembelajaran akan datang. Aktiviti projek untuk jangka masa panjang melibatkan sesuatu rancangan jangka panjang. Guru sebagai pemudah cara membantu murid untuk memberi pandangan sama ada sesuatu perancangan pada projek perlu memakan masa yang panjang atau pendek.

Friday 11 January 2013

Prasekolah



1.0 LATAR BELAKANG

Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Sementara itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya KPM meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM Ke10.

2.0 DASAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan merangkumi Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah, Pendidikan Lepas Menengah dan Pendidikan Tinggi. Menjadi tanggungjawab KPM untuk memberi perhatian yang serius kepada pembangunan pendidikan prasekolah di negara ini. Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan aspek-aspek penting mengenai prasekolah, iaitu penubuhan tadika, kuasa Menteri menubuh dan menyelenggara tadika, kurikulum prasekolah, bahasa pengantar, pengajaran Agama Islam dan sebagainya.
Dari segi pendemokrasian pendidikan, dasar yang khusus membolehkan kanak-kanak menikmati peluang pendidikan prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat tinggal dan kumpulan etnik termasuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas (Children With Special Education Needs).
Di antara prinsip-prinsip asas dasar ialah menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 dan 6 tahun. Memastikan penggunaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Guru-guru prasekolah hendaklah mempunyai latihan dalam bidang pendidikan prasekolah. Memastikan kemudahan fizikal dan peralatan bersesuaian dan berkualiti dibekalkan. Satu mekanisma naziran dan penyeliaan dijalankan. Kerajaan juga memastikan semua institusi pendidikan prasekolah mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan Prasekolah 1996 seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24, Akta Pendidikan 1996.

3.0 KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4+ hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.

4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

5.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
  • Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
  • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
  • Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
  • Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

6.0 PEMILIHAN MURID

  • Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas parsekolah adalah seperti Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 2 Tahun 2012 - Hanya untuk Warganegara Malaysia sahaja dan dipilih menerusi JK Pemilihan.
  • Jawatankuasa Pemilihan murid dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Prasekolah, Guru Tahap 1 dan 2, PPM dan seorang wakil komuniti.

7.0 JENIS-JENIS BANTUAN

  • Bantuan makan murid (RM1.80 sehari bagi Semenanjung / RM2.05 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012, Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid)
  • Peruntukan PCG Murid (RM100.00/ murid setahun)
  • Bantuan Kokurikulum (RM25.00/ murid setahun)
  • Bayaran Takaful (RM1.50/ murid setahun)

8.0 TAHUN-TAHUN PELUASAN

TahunBilangan Kelas DibukaJumlah
199211311131
20021001231
200315002731
20045003231
20057003931
20066524583
200713245907
20089396846
20093507196
20103157511
20117058216
20124488664
Data pada 31 Januari 2012    

Sumber:

http://www.moe.gov.my/v/prasekolah

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPSK)


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan pada 2010 bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Melalui kurikulum ini kemahiran literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan, keyakinan dibangunkan dan konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak dipupuk. Ini adalah untuk menyediakan murid agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi kelangsungan pembelajaran seterusnya.

KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;  Kemanusiaan;  Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri.

Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) Developmentally Appropriate Practices.  Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua murid terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.  Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah semulajadi kanak-kanak

Wednesday 9 January 2013

Selamat Datang

Haii... Selamat datang semua.

Pembaca budiman sekalian, ini merupakan blog kedua saya secara peribadi. Tujuan blog ini diwujudkan adalah khas untuk berita dan info berkaitan dengan dunia prasekolah yang bakal saya tempuh selepas ini.

Harapan saya agar blog ini akan merakamkan segala cerita dan nota perjalanan sepanjang saya berada di dalam dunia prasekolah ini. Amean!!